Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dilanggar sebuah kenderaan selepas selesai berjemaah di Masjid Kampung Gelam, Tanjung Kling semalam.

Mangsa dikatakan sedang melintas jalan untuk membeli minuman.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Razali Abu Bakar berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam apabila Muhammad Anas Amir, 7, dirempuh sebuah kenderaan yang datang dari arah Klebang menuju Tanjung Kling.

“Rempuhan mengakibatkan mangsa tercampak di tepi jalan dan maut di lokasi kejadian. Kenderaan yang melanggar mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Razali meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil memberi maklumat.

Sementara itu bapa mangsa, Amir Omar, 51, berkata ketika itu beliau masih berada di dalam masjid membawa Yassin selepas selesai solat Maghrib.

Beliau berkata anaknya bersungguh-sungguh mahu mengikutnya menunaikan solat dan bersiap-siap lebih awal.

“Satu ketika dia duduk di sebelah saya. Saya hanya menyedari ketiadaan Anas selepas seorang rakannya memaklumkan dia terbabit dalam kemalangan di hadapan masjid.

“Pada awalnya saya sangka dia hanya terbabit kemalangan biasa, namun saya terkejut apabila melihat jasadnya di tepi jalan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment