Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

KUANTAN – Walaupun tidak lahir di Malaysia, namun sekumpulan kanak-kanak Tadika yang berasal dari Jepun, Bangladesh, Pakistan, Thailand dan England turut teruja untuk bersama menyambut Hari Kemerdekaan.

Segak dengan pakaian tradisional masing-masing, mereka antara 100 orang murid-murid Tadika Seri Kuantan di sini menyambut Hari Kemerdekaan hari ini.

Sambil mengibar-ngibar Jalur Gemilang selepas melakukan perbarisan, mereka bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik walaupun kurang fasih dengan bahasa Melayu.

Penyelianya Nor Rizanah Yusof berkata acara sambutan peringkat Tadika tersebut diadakan setiap tahun dengan mendapat sokongan serta galakan ibu bapa murid.

“Kebiasaannya kita akan memilih satu hari dari 15 Ogos hingga 15 Sept bagi mengadakan sambutan dengan melibatkan semua murid tanpa mengira kaum dan agama.

“Lebih istimewa tahun ini, kita mempunyai enam murid luar negara yang mengikut ibu bapa mereka yang bekerja di Kuantan,” katanya.

Beliau berkata sambutan diadakan bagi menyemai semangat cintakan tanah air dalam kalangan kanak-kanak untuk melahirkan generasi yang mempunyai nilai-nilai patriotisme.

Beliau berkata ia juga bagi memastikan kanak-kanak mengetahui maksud kemerdekaan dan sekaligus menghargai sumbangan pemimpin negara terdahulu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment