Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan menganjurkan Karnival Bola Sepak Pantai Tertutup Lelaki dan Perempuan khusus untuk pelajar sekolah di Batu Buruk pada 22 Ogos ini.

Menurut kenyataan MSNT di sini hari ini, kejohanan tiga hari itu bertujuan untuk memilih pemain berbakat sebagai pelapis dan pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu di Kuala Lumpur pada 2015.

Kejohanan itu menawarkan hadiah utama RM800, naib johan RM500, tempat ketiga RM200 dan sagu hati RM100 (4 pasukan).

Tarikh tutup penyertaan 18 Ogos.

Pasukan berminat menyertai karnival itu boleh menghubungi urusetia karnival Zaidi Abdul Rahman di talian 010-5474341. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment