Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan pihak yang mengaku menjadi perunding kepada urusan lelongan kereta mewah yang dirampas jabatan itu.

Penolong Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata pihaknya hanya membuka lelongan awam menerusi laman web rasmi jabatan.

“Lelongan tidak dilaksanakan menerusi khidmat orang tengah, khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun aplikasi Whatsapp,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat pihak yang telah menyebarkan iklan palsu menerusi Whatsapp mengenai lelongan awam kastam iaitu ‘Car from port, all cars are seized from the Custom officer’.

Iklan itu mendakwa mereka merupakan pihak yang menggendali lelongan dan orang ramai yang berminat membelinya perlu membuat bayaran secara tunai.

Hassan berkata harga kereta yang ditawarkan menerusi iklan itu seperti BMW M3 dan Volkswagen Polo adalah pada kadar yang tidak munasabah.

“KDRM hanya melelong kereta secara tender dan tidak ada istilah orang tengah untuk membantu menguruskan lelongan kereta yang dirampas,” katanya.

Beliau berkata lelongan dibuat mengikut bidaan tertinggi dengan pembida perlu meletakkan deposit sekurang-kurangnya 10 peratus dari harga kenderaan yang dibida dan sekiranya pembidaan gagal, wang deposit akan dikembalikan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment