Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini, menganjurkan Forum Pemerkasaan Ekonomi Belia Bumiputera bertujuan memberi peluang kepada belia mendapatkan pendedahan serta peluang menjadi usahawan berjaya.

Menyasarkan usahawan belia bumiputera berumur antara 18 hingga 40 tahun, forum sehari itu dirasmikan menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.

Dalam ucapannya, Khairy berkata, belia perlu rajin mencari peluang dan mengeluarkan idea yang bernas serta membuat kajian pasaran untuk memastikan perniagaan yang diceburi boleh menjamin kejayaan.

“Perancangan kerajaan sudah cukup baik dengan menyediakan banyak peluang serta ruang kepada usahawan bumiputera, tetapi jika usahawan itu sendiri tidak mahu berdikari adalah sukar untuk berjaya,” katanya.

Katanya, dalam kalangan usahawan bumiputera pula, mereka perlu mempunyai sikap berani dan berusaha mewujudkan satu ekosistem perniagaan yang baik sepertimana yang dilakukan usahawan bukan bumiputera.

Beliau turut mengingatkan usahawan muda bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya kerana semuanya memerlukan kerja kuat dan bukan hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

“Peranan kerajaan campur tangan untuk pastikan wujud kesamarataan sebab itu banyak insentif disediakan tetapi…janganlah mengharapkan kepada kerajaan semata dan jadikan kerajaan umpama ‘talian hayat’,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment