Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka pertumbuhan ekonomi negara melebihi 5.5 peratus bagi tahun ini ekoran prestasi kukuh yang dicatatkan dalam enam bulan pertama 2014, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata Malaysia mencatatkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus bagi enam bulan pertama 2014, berbanding 4.4 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Angka-angka unjuran rasmi bagi KDNK akan diumumkan dalam Bajet 2015 yang akan datang, kata Zeti dalam satu sidang akhbar tentang prestasi KDNK negara dalam suku kedua, di sini hari ini.

Pada mulanya, BNM mengunjurkan pertumbuhan KDNK tahun ini sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

Tentang prestasi suku kedua, beliau berkata keputusan yang dicapai didorong oleh angka-angka positif daripada sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, pertanian dan perlombongan.

Sementara itu, kata Zeti, kadar inflasi dijangka kekal pada tiga peratus hingga empat peratus tahun ini, berikutan pertumbuhan KDNK yang stabil dalam suku kedua iaitu sebanyak empat peratus.

Bagaimanapun, bagi 2015, kadar inflasi dijangka meningkat buat sementara disebabkan oleh beberapa pelarasan harga ekoran pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus pada 1 April, katanya.

“Tetapi kadar ini akan turun dan stabil dalam 2016 ke angka purata inflasi jangka panjang tiga peratus,” kata Zeti.

Ditanya tentang unjuran KDNK tahun depan selepas pelaksanaan GST, beliau berkata bank pusat itu akan hanya mengumumkannya setelah kerajaan mengeluarkan senarai penuh item kadar sifar di bawah GST dalam Bajet 2015 Oktober ini.

“Pelarasan harga ini tiada kemungkinan memberi kesan besar ke atas KDNK,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment