Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Kerajaan negeri mahu menjadikan Tanjung Chali di sini sebagai destinasi pelancongan terbaharu, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber

Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Beliau berkata sehubungan itu pasar terapung dicadang untuk diwujudkan di sekitar Sungai Kedah di Tanjung Chali.

“Lawatan ke tapak telah dijalankan bagi melihat kerja yang perlu dilakukan untuk tujuan tersebut. Kerja pembersihan sungai dan pemasangan lampu akan dibuat bagi menambah pencahayaan untuk mencantikkan kawasan persekitaran sungai,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata restoran terapung juga akan diwujudkan di situ selain mengadakan produk pelancongan seperti pusat kesenian lukisan.

Selain itu Mohd Rawi berkata kerja-kerja pembangunan Sungai Batu dan Lembah Bujang di Merbok perlu disegerakan untuk dijadikan produk pelancongan berasaskan warisan.

“Kita ingin meuar-uarkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang boleh dibanggakan dengan pelbagai tinggalan mengenai kerajaan Kedah Tua yang termasyhur pada zaman itu,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment