Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Bekas pemain beregu negara, Koo Kien Keat kini giat menjalani latihan fizikal bagi merapatkan tahap kecergasan dengan gandingan lamanya Tan Boon Heong menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, bermula 25 Ogos ini.

Selepas keluar daripada persaraan Mac lepas, berat badan Kien Keat dilihat bertambah dan dia kini sedang gigih menjalani latihan di gelanggang serta gimnasium bagi mengurangkan berat badannya.

“Saya akui ada sedikit jurang yang perlu dikejar untuk berganding semula dengan Boon Heong terutama dari sudut kecergasan namun keserasian saya dengan dia (Boon Heong) takkan hilang.

“Saya sudah lama bergandingan dengannya, cuma sekarang ini bagi saya, keadaan fizikal saya kurang bagus… saya takut tidak capai prestasi sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

Penampilan di Copenhagen adalah yang pertama buat pemain berusia 28 tahun itu selepas mengumumkan persaraannya dari arena badminton Mac lepas.

Pungutan mata yang diraih ketika bersama Boon Heong untuk berada di ranking kelapan dunia membolehkan mereka beraksi di Copenhagen selepas senarai nama fasa pertama dikeluarkan pada 25 April lalu.

Sepanjang tujuh tahun digandingkan, andingan Kien Keat-Boon Heong pernah menjuarai dua kejohanan besar iaitu mengutip emas di Sukan Asia 2006 dan All England pada 2007.

Kien Keat-Boon Heong akan tampil selaku beregu pilihan ke-10 mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama, namun pasangan itu diundi bertembung satu lagi pasangan negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah jika mereka berjaya mara ke pusingan ketiga.

Turut beraksi pada kejohanan itu ialah beregu kesembilan dunia, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang akan tampil selaku pilihan ketujuh pada acara berprestij Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tersebut. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment