Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

Sikit masa dulu asal muncul saja nama Mamat (Sepah), 29, di dada-dada akhbar, tiada cerita lain yang diperkatakan tentang pelakon dan pelawak ini melainkan kontroversi yang tidak putus-putus mengaitkan dirinya.

Bermula dengan cerita cintanya bersama Fida Ibrahim, perpecahan kumpulan Sepah, penyebaran gambar Zed Zaidi yang kononnya kemalangan, isu tunjuk samseng dan banyak lagi.

Namun semenjak bergelar penyampai radio Ultra.fm seak setahun lalu nama Mamat seakan sepi daripada sebarang kontroversi. Mengakui perkara tersebut, Mamat berkata, sikap garang kekasihnya yang dikenali sebagai Nurul Syafiqah Zakaria atau Kaka, 24, banyak mengubah kehidupannya sekaligus boleh dikata dia kini semakin bersih dari sebarang isu panas.

"Tidak seperti wanita- wanita yang pernah saya kenal sebelum ini, dia boleh saya katakan kekasih saya paling garang. Selama ini tiada perempuan yang berani marah saya, tapi dia berani. Itu yang saya rasa dia ni lain daripada yang lain.

"Misalnya dia akan sentiasa ingatkan saya dalam banyak hal. Dia akan ingatkan agar jangan buat perkara yang bukan-bukan. Dia selalu ingatkan saya tentang akibat yang saya terima daripada kontroversi-kontrovesi lalu. Sekaligus dia juga banyak mengubah kehidupan saya kepada kehidupan yang lebih baik dan jauh daripada kontroversi dalam beberapa tahun ini", kata Mamat etika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ultra.fm yang diadakan di sebuah hotel di ibukota, kelmarin.

Kata Mamat lagi, walaupun buah hatinya itu lima tahun lebih muda daripadanya namun kematangan gadis tersebut membolehkan hubungan mereka berkekalan hingga sekarang sejak perkenalan tiga tahun lalu.

"Walaupun dia muda tapi dia matang. Dan paling penting dia menerima saya seadanya. Begitu juga dengan keluarganya", ujarnya.

Begitupun beritahu Mamat, pada awal perkenalan, hubungan mereka berdepan cabaran apabila ada pihak seolah-olah cuba untuk memburuk-burukkan namanya.

"Masa mula-mula perkenalan kami disaat nama saya jatuh, disaat satu Malaysia mencaci saya. Tapi dia tak tahu pun yang saya ni artis. Dia hanya kenal saya sebagai Mamat.

"Tapi beberapa orang sekeliling yang rapat dengannya 'memperkenalkan' saya kepada dia dengan cerita-cerita negatif dan kontroversi-kontroversi yang pernah mengaitkan saya. Masa itu memang satu dugaan lah untuk kami.

"Tapi walau apa pun cerita buruk saya yang dia dengar, dia tetap menerima saya seadanya. Tapi kadang-kadang tu kami ada juga bergaduh sebab dia tak biasa dengan dunia glamor. Jadi kalau pihak media nak ambil gambar kami berdua, dia sebolehnya menolak. Tapi sekarang ni dia dah semakin okay dah sudah boleh memahami kerjaya saya sebagai artis", dedah Mamat lagi.

Dia dan Kaka bertemu di gedung membeli-belah, Johor Premium Outlets (JPO) Johor, dan sejak itu mereka mula berkawan rapat. Kaka merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Perdangangan Antarabangsa di MSU, Shah Alam.

Ditanya pula mengenai perancangan seterusnya, kata Mamat hasrat untuk membawa hubungan cintanya ke peringkat seterusnya memang ada tetapi buat masa ini perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan dulu sehinggalah Kaka menamatkan pelajarannya yang dijangka hujung tahun ini.

"Hubungan kami dah masuk tiga tahun. Perancangan untuk ke peringkat seterusnya itu memang ada. Tapi saya nak dia habiskan belajar dulu. Dia akan tamatkan pengajiannya hujung tahun ini. Saya tak mahu nanti dia terganggu.

"InsyaAllah, kalau tiada aral saya nak masuk meminang pada tahun depan. Saya tak pasti lagi sama ada kami akan bertunang atau akan ada majlis lebih daripada itu (kahwin). Tapi yang pasti, saya akan adakan satu majlis", katanya.

Tak Mahu Tukar Nama
Sementara itu, Mamat berkata dia tidak akan menukar nama baru sebaliknya mahu terus memakai nama Mamat (Sepah) meskipun kumpulannya itu sudah dibubarkan. Malah dia menganggap nama Mamat Sepah itu sebagai tuah yang mana memperkenalkan dia pada dunia seni.

"Ada juga orang suruh saya tukar nama. Macam abang Amy (Search) minta saya jangan pakai nama Mamat sebab maknanya kurang baik. Tapi bagi saya, tak mengapa lah. Nama Mamat (Sepah) ni ramai dahh kenal. atuh bangun saya dengan nama ni. Jadi saya akan terus pakai nama ni.

"Nama Sepah tu sebenarnya didaftarkan atas nama saya, jadi saya boleh pakai nama tu. Saya tak pernah keluar dari Sepah sebaliknya Jepp dan Shuib yang ambil keputusan untuk keluar dan sebab itu mereka kena buat kumpulan dengan nama baru, Sepahtu", katanya. ─ Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment