Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment


KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini memulakan projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer dari Bukit Tiu, Machang ke Dusun Damar, Kuala Krai.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata projek itu yang kosnya sebanyak RM854 juta dijangka siap pada Disember 2017.

“Projek lebuh raya ini telah dirasmikan oleh Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Mei 2012 dan kerajaan negeri komited untuk meneruskan projek ini bagi memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian masuk tapak Projek Lebuh Raya Rakyat di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan Kelantan juga sedang menyelesaikan urusan berkaitan pengambilan tanah persendirian secara berperingkat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.

“Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan mula menjalankan kerja-kerja pembinaan di tanah kerajaan sepanjang 4 kilometer terlebih dahulu,” katnya.

Ahmad berkata, kerajaan negeri juga akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran proses pembinaan lebuh raya itu.

“Lebuh raya ini akan dihubungkan dengan projek Lebuh Raya Wakaf Che Yeh-Kadok yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan apabila disiapkan dalam jangka masa ditetapkan,” katanya.

Lebuh raya itu akan dilengkapi dengan lapan jambatan, empat persimpangan bertingkat dan dua kawasan rehat dan rawat.

Mengulas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata parti itu masih dalam persiapan awal dan belum membuat keputusan berhubung calon.

“PAS hanya berbincang persiapan awal seperti mengumpulkan maklumat berhubung pertambahan pengundi dan strategi yang patut digunakan dalam pilihan raya nanti,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment