Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

Langkah seterusnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan pagi ini... samada beliau terus, berundur atau apa...
Semuanya menunggu penuh debar keputusan mesyuarat khas Dewan Diraja Selangor di Istana Alam Shah Klang.

Kata putus ahli Dewan Diraja Selangor itu dijangka diketahui sebelum tengah hari (11.30 pagi).

Tapi ada tanda tanya siapa Ahli Dewan Diraja Selangor...

Ini dia senarai ahli-ahli Dewan Diraja Selangor, majlis penasihat Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dianggotai oleh individu-individu cukup berpengaruh dan bukan ahli politik, kecuali sesiapa yang menjadi Menteri Besar Selangor.

Majlis itu merupakan sebuah badan penasihat untuk Sultan Selangor menjalankan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.

Setiap ahli dilantik untuk memegang jawatan tersebut selama tiga tahun dan akan diperbaharui atas pekenan Sultan.

Mudah ceritanya, Ahli Dewan Diraja itu terbahagi kepada empat iaitu,

Ex-Officio atau pegawai-pegawai yang memegang jawatan utama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Waris iaitu wakil kerabat diraja Selangor.

Orang-Orang Besar iaitu pemimpin-pemimpin tempatan yang dilantik oleh Sultan Selangor.

Orang Tua-Tua iaitu individu terhormat yang dilantik atas kewibawaan intergiri mereka.

Ahli politik dari dalam senarai ahli Dewan Diraja Selangor hanya Abdul Khalid Ibrahim yang dilantik kerana beliau merupakan MB Selangor.

Ex-Officio Dewan DiRaja Selangor lain adalah Tengku Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang mana pelantikan mereka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2016.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Lima Orang-Orang Besar itu Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf; Tan Sri Ambrin Buang; Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali; Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Tan Sri Setia Ismail Adam; Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar.

Jika diteliti senarai itu nama ahli Dewan Diraja Selangor ini cukup 'mantap' dan berwibawa... apa saja keputusan Dewan Diraja yang menjadi tempat rujukan Sultan Selangor untuk meminta pandangan dan nasihat jangan dipertikaikan.  

Terutama oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan kerana dibimbangi akan menjejaskan kestabilan dan keharmonian yang dinikmati oleh negeri Selangor khasnya Malaysia umumnya selama ini.-11/8/2014

Sumber: agendadaily.com

0 comments:

Post a Comment