Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan lebih banyak barangan yang tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam pembentangan Bajet 2015 Oktober ini.

“Kami sudah memutuskan barangan tambahan yang tidak dikenakan GST, dan senarainya akan diumumkan dalam pembentangan Bajet,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau mengulas pertanyaan media selepas berucap pada seminar kesedaran GST anjuran Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor, di sini hari ini.

Menurut Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy, hampir satu pertiga daripada 944 barangan dalam sekumpulan barangan indeks harga pengguna tidak dikenakan GST, dan ada beberapa barangan tambahan akan dimasukkan dalam senarai itu selepas mengambil kira maklum balas awam.

Sehingga semalam, 9,067 daripada kira-kira 300,000 yang tertakluk kepada skim GST, sudah mendaftarkan syarikat masing-masing dengan jabatan kastam, katanya.

Jabatan itu menetapkan matlamat menarik 123,000 syarikat mendaftar untuk skim GST menjelang akhir September.

Dalam ucapan sebelum itu, Maslan berkata GST ialah rejim percukaian baharu yang membantu Malaysia meningkatkan daya saingnya dan beralih ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Cukai yang dikumpul daripada GST akan dapat membantu kerajaan membiayai lebih baik subsidi untuk kumpulan khusus, seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M), katanya.

Malaysia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada sebanyak 16 peratus dengan GST pada kadar enam peratus mulai 1 April, 2015. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment