Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi sokongan penuh dalam menjayakan program Pembangunan Usahawan Melayu (PPU) kelolaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sebagai usaha untuk memperkasakan ekonomi golongan Bumiputera.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, PPU adalah satu langkah tepat yang dapat membantu memperkasakan peranan DPMM dalam konteks pembangunan ekonomi Bumiputera di negara ini.

“Saya minta DPMM meneruskan kaedah dan pelaksanaan program seumpama ini, saya percaya ia dapat perkasakan pembangunan ekonomi bumiputera,” kata beliau ketika berucap melancarkan Program Pembangunan Usahawan Melayu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di sini.

Program PPU menyasar penyertaan satu juta usahawan Melayu terutamanya golongan muda di seluruh negara bagi tempoh 2014 hingga 2017, dengan tumpuan kepada beberapa sektor perniagaan.

Antara sektor perniagaan itu termasuklah industri makanan yang telah diproses, peruncitan, restoran, dobi, batik dan kraf tangan serta pelancongan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan turut mempelawa DPMM agar menyertai lawatan beliau atau sebarang misi perdagangan Malaysia ke luar negara bagi mengintai peluang perniagaan yang dapat diceburi usahawan Bumiputera.

“Baru-baru ini saya telah jumpa dengan Datuk Syed Ali Al-Attas (Presiden  DPMM) minta DPMM bersama saya dalam lawatan ke luar negara atau misi bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri),” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Najib turut memuji proses penentuan kepimpinan DPMM baru-baru ini yang berjalan dengan permuafakatan tanpa sebarang pertikaian.

“Ini satu perkembangan positif dan saya ucapkan tahniah pada semua yang  telah berjaya terutama sekali kepada Syed Ali kerana sekali lagi dipilih sebagai presiden DPMM,” kata beliau.

Dalam Mesyuarat Agung DPMM pada 15 Jun lalu, Syed Ali mengekalkan jawatan presiden untuk penggal 2014-2017 selepas menang tanpa bertanding. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment