Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Sebuah kereta Perodua Alza milik seorang pekerja kilang di Batu Maung dekat sini terbakar selepas merempuh pembahagi jalan di Km3.6 Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Pemilik kenderaan itu, Hazratun Nirmi Farez, 33, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Supt Ibrahim Abu Bakar berkata ketika kejadian wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Kawan selepas bekerja.

“Kemalangan itu berlaku ketika hujan lebat dan tidak melibatkan kenderaan lain. Mangsa sempat keluar menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 7.59 pagi dan ketika bomba tiba di tempat kejadian, kereta itu telah musnah hampir 100 peratus. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment