Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Kelantan teratas merekodkan kes denggi berbanding Selangor pada minggu ini menjadikan ia semakin serius dan perlu bantuan perubatan tambahan segera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, atas sebab tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia terpaksa mengerahkan 400 kakitangan hospital dari negeri berdekatan Kelantan termasuk di Pahang bagi bantuan perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kos tambahan perubatan juga perlu ditambah kira-kira RM2.2 juta bagi penularan kes denggi di semua negeri selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Dari Januari hingga 10 Ogos tahun ini, sejumlah 6,740 dilaporkan di Kelantan berbanding hanya 820 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu meningkat sebanyak 722 peratus (5,920 kes).

“12 kematian dilaporkan berlaku di negeri ini berbanding hanya satu kes kematian pada 2013 bagi tempoh sama,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas pesakit denggi di beberapa wad, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.

Sinar Harian mendapati wad di hospital itu sesak sehingga ruang kosong diletakkan katil sementara bagi membolehkan pesakit denggi dirawat.

Katanya, selain faktor cuaca, pihaknya kini berusaha menghapuskan vektor pembawa iaitu nyamuk Aedes di seluruh kawasan terutama di Kota Bharu. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment