Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Perbicaraan rayuan akhir kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap pensabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana rasuah, ditangguh kepada 6 Nov kerana dia dimasukkan ke hospital Selasa.

Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel lima anggota Mahkamah Persekutuan bahawa anak guamnya menghidap pening kepala yang teruk, hingga tidak boleh berjalan dan dimasukkan ke Hospital Pakar DEMC.

Muhammad Shafee turut menyerahkan kepada mahkamah, surat daripada Dr Rashidi Saidin, pakar perunding dan pakar nefrologi hospital itu, di Shah Alam yang menyatakan Dr Mohamad Khir dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital itu semalam kerana pening kepala yang teruk yang ada kaitan dengan sakit tengkuk yang dihidapinya.

Surat itu juga menyatakan bahawa Dr Mohamad Khir didiagnos menderita sakit servikal spondylosis dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

“Kami tidak tahu berapa lama beliau akan berada di hospital. Ini pertama kali perayu tidak hadir di mahkamah atas sebab peribadi. Kami memohon penangguhan,” kata Muhammad Shafee. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment