Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

KUALA LUMPUR: Tindakan memboikot 'barangan Israel' haruslah kena pada sasarannya yang sebenar, dan bukannya sehingga mendatangkan kesan pada rakyat Malaysia sendiri.

Demikian pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan di laman Twitternya sebentar tadi yang turut menyarankan supaya tumpuan bantahan dilaksanakan terhadap dasar Amerika Syarikat.

"Duta Palestin kata jangan boikot McD (McDonald's). Sukar membuktikan kaitan McD dgn Israel. Tumpu bantahan terhadap dasar US (Amerika Syarikat). Nak bash (hentam) dia juga?

"Bila orang kata boikot biar kena pada sasaran sebenar, jangan ada kesan pada orang kita, kena bash. Ni tak nak bash Duta Palestin?" soal beliau secara sinis terhadap golongan yang sering bertindak mengikut pandangan majoriti.



Selain itu, Khairy juga menggesa orang ramai agar lebih bijak dalam memilih barangan atau produk yang hendak diboikot dan mensasarkan pada sasaran yang boleh mendatangkan kesan pada Israel.



Ketua Pemuda UMNO itu sebelum ini juga pernah menyifatkan tindakan pihak yang mahu memboikot produk buatan Israel, sebagai 'tidak rasional'.

Kata beliau, adalah sukar untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu betul-betul dari Israel atau tidak.

Tambahnya, apa yang merisaukan adalah tindakan memboikot dari pihak tertentu itu akan menyebabkan rakyat Malaysia sendiri terkena kesannya.

Dalam laporan The Star pada Rabu pula, Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al Agha berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya mensasarkan pekerja di premis makanan seperti McDonald's dan Starbucks dalam usaha mereka untuk memboikot produk-produk Israel.

Beliau yang ditemubual akhbar tersebut berpendapat, tindakan menganggu serta mengancam keselamatan pekerja adalah tidak adil kerana mereka hanya mencari nafkah.

Ujarnya, meskipun tindakan memboikot berkemungkinan mampu memberi tekanan kepada Israel, tetapi dakwaan di media sosial mengenai syarikat yang dikaitkan dengan Israel sukar disahkan kesahihannya.

Pada 5 Ogos lalu, sekumpulan penduduk di Dungun, Terengganu melakukan demonstrasi memboikot Israel di hadapan restoran makanan segera McDonald’s di daerah itu.

Mereka dikatakan turut mengganggu premis restoran makanan segera itu serta menggoncang pintu masuknya, sekali gus mengancam keselamatan pekerja dan pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan.

Tindakan itu dikecam banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif yang memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot barangan Israel supaya mengawal diri dan tidak melanggar batasan dalam menjayakan kempen tersebut. - Astro Awani

1 comments:


  1. Produk zionis itu bukan hanya ada pada makanan dan minuman, bahkan ianya termasuk media, sistem pentadbiran, pola2 fikiran, sistem pendidikan, sistem agama Islam termasuk keugamaan yg lain, cara kehidupan sosial, dll.Produk2 zionis kini telah bertapak dan berada dimana2 saja kita berada untuk melemahkan nilai2 murni kemanusiaan dan meracuni nilai kesucian hati kita.Kita memboikot zionis bukan hanya kerana perasaan marah kita terhadap kezaliman2 yg mereka telah lakukan tetapi yang paling utama adalah untuk mengelakkan kita dari bersubahat dengan org yang melakukan pekara2 yang haram di sisi ALLAH SWT dan dilarang oleh ALLAH SWT.Siapakah yang berkuasa keatas segala-galanya di dunia dan di akhirat? Apakah zionis atau ALLAH SWT? Bermusyawarahlah...Alhamdulillah...Insya-Allah.


    NILAI ALLAH SWT, RASULULLAH SAW, DIRI KITA DAN ZIONIS AS SYAITAN LAKNATULLAH.

    Kita sudah mengenali siapa itu zionis-israel dan pro zionis, namun kita masih belum benar-benar mengenal siapakah yang menjadi hamba-hamba zionis.Hamba zionis adalah orang-orang yang bukan diarahkan oleh telunjuk zionis demi sesuatu misi seperti pro zionis, akan tetapi hamba zionis terarah (melalui keputusan diri sendiri) kepada membenarkan nilai-nilai zionis berserta dengan mereka dalam setiap sudut kehidupan tanpa mereka sedari.Terwujudnya mereka sebegitu rupa kerana telah tertawan dengan "dunia impian" yang telah dipromosikan oleh zionis.Kini dan sebelumnya, sebahagian besar umat manusia di dunia majoritinya telah menjadi hamba-hamba zionis ( walaupun mereka disaat ini sedang belajar untuk memboikot produk zionis-israel), Malaysia pasti juga tidak ketinggalan.Persoalannya,

    KE MANA SUDAH MENGHILANG PERGINYA -

    1.NILAI kita sebagai hamba-hamba Allah SWT?

    2.KETEGASAN laungan kebenaran yang haqiqi yang ada pada sisi Allah SWT (yang merupakan solusi bagi segala permasalahan bagi dunia dan akhirat umat manusia khususnya para kaum muslimin @ yang ternyata kini hampir semua manusia hanya melaungkan kebenaran disisi diri sendiri atau disisi diri manusia yang lain)?

    3.STATUS Allah SWT sebagai yg ditempatkan di atas segalanya, yakni keyakinan, kepercayaan dan ketaqwaan kita, bahawa semua Sifat-Sifat Allah SWT itu Maha Hidup, wujud dan nyata @ Allah SWT yang Maha Akbar adalah satu-satunya yang berkuasa ke atas segalanya?

    4.FOKUS kita terhadap misi dan visi Rasulullah SAW demi menjadikan umatnya sebagai umat yang paling mulia akhlaknya, umat yang berhati emas yang telah ditempa khusus oleh Allah SWT buat para-para hambaNya, iaitu nilai diri kita yang dikatakan sebagai bermakna di sisi Allah SWT, yang hasilnya dari semua itu adalah, umat Islam sebagai umat contoh bagi sekelian umat manusia yang lain?

    5. DIRI KITA YANG BERSUJUD KEPADA ALLAH SWT DAN MENCINTAI RASULULLAH SAW? DIRI PALSU YANG KITA CINTAI KINI, ADALAH SIFAT DIRI HAMBA ZIONIS AS SYAITAN LAKNATULLAH, PENDERHAKA TERHADAP ALLAH SWT LAGI KUFUR, YANG SANGGUP MEMBUNUH RASULULLAH SAW SEKIRANYA BAGINDA MASIH HIDUP!

    ALHAMDULILLAH....INSYA-ALLAH.

    ReplyDelete