Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghantar notis peringatan kepada Lembaga Disiplin PKR pagi tadi membantah perbincangan atas kesnya oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini.

Laporan akhbar online melaporkan notis tersebut dihantar peguamnya Edmond Bon kepada Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong sebelum sesi pendengaran terhadapnya dijalankan.

Menurut notis itu, mesyuarat tersebut tidak boleh diadakan selagi lembaga disiplin belum selesai menjalankan penyiasatan ke atasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu juga mahu Lembaga Disiplin mendengar penjelasan daripadanya pada 15 Ogos, seperti yang diminta dalam surat yang dihantar Setiausaha Politiknya, Mustafa Mohd Talib kepada Lembaga Disiplin semalam.

Akhbar juga melaporkan bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin berkata, Lembaga Disiplin tidak boleh membincangkan perkara itu kerana sebahagian ahlinya berkepentingan dalam kes itu kerana mereka boleh menggantikannya.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MPP dijadualkan bermesyuarat jam 3 petang ini untuk membincangkan kedudukan menteri besar yang hendak disingkirkan itu.

Khalid bertegas mengatakan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin pada 5 Ogos kerana ingkar kehendak parti supaya melepaskan jawatan adalah “cacat” kerana tiada maklumat jelas dan spesifik tentang pelanggaran undang-undang atau perlembagaan parti yang dilakukannya.

“Tanpa butir tersebut saya tidak dapat membela diri saya dengan efektif,” kata menteri besar dua penggal yang hendak digantikan oleh PKR dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam suratnya semalam, Khalid juga minta diberitahu empat perkara iaitu nama ahli Lembaga Disiplin yang akan bersidang dalam sesi perbicaraan, prosedur yang akan diterima pakai semasa sesi itu, sama ada beliau boleh diwakili peguam dan membawa pegawainya bersama.

Khalid juga menyatakan kekesalan kerana notis surat tunjuk sebab itu mengaitkan beliau dengan lima perkara lain yang didakwanya tidak relevan dengan bidang kuasa disiplin parti.

Beliau menegaskan PKR hanya boleh menyoalnya berkaitan parti tetapi bukan isu lain yang berkaitan kuasa eksekutifnya di Selangor.

Antara perkara yang dibangkitkan dalam surat tunjuk sebab itu adalah penstrukturan semula air Selangor, elaun baru menteri besar Selangor, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kidex. – The malaysian insider.

0 comments:

Post a Comment