Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini satu-satunya menteri besar Selangor yang merupakan ahli bebas selepas dipecat daripada partinya, kata peguam hari ini, menambah beliau boleh kekal sebagai ketua kerajaan negeri kerana pelantikannya sah menurut Perlembagaan.

Peguam Ragunath Kesavan (gambar) berkata, pemecatan Khalid daripada PKR hanya bermakna beliau tidak lagi ada pertimbangan moral untuk kekal sebagai menteri besar bagi gabungan Pakatan Rakyat (PR).

“Cara yang terhormat untuknya ialah dengan meletakkan jawatan kerana pemecatan itu bermakna partinya sendiri hilang keyakinan terhadap beliau,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ragunath berkata, pilihan yang Khalid ada amat terhad kerana beliau tidak boleh membawa kesnya ke mahkamah memandangkan Akta Pertubuhan tidak membenarkan pertelingkahan dalam parti dibawa ke luar parti.

Peguam Syahredzan Johan berkata, kedudukan Khalid masih kukuh kerana ia hanya boleh diputuskan oleh 55 ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada PR dan Barisan Nasional (BN).

PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 Adun sementara PKR kini 13 selepas Khalid dipecat. Sementara BN mempunyai 12 kerusi.

“Khalid hanya boleh disingkirkan sekiranya beliau hilang keyakinan majoriti Adun,” kata Syahredzan.

Beliau boleh terus berkhidmat sebagai menteri besar sekiranya berjaya melepaskan diri daripada undi tidak percaya.

“Malah, beliau boleh melantik semula ahli majlis (Exco) daripada kalangan mereka yang menyokongnya semasa pengundian itu,” katanya.

Menurut pakar perlembagaan, undi tidak percaya terhadap Khalid boleh diambil dalam Dewan atau Sultan boleh mengambil kira faktor luaran bagi menentukan sama ada menteri besar itu masih mendapat sokongan Adun atau tidak.

Atas nasihat menteri besar yang hendak disingkirkan itu, Sultan boleh membubarkan Dewan atau baginda juga boleh menjemput seorang calon yang difikirkan mendapat sokongan majoriti wakil rakyat untuk dilantik sebagai menteri besar. ─ The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment