Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penyelesaian pinjaman peribadi RM66 juta Bank Islam‎ dilakukan dalam keadaan mencurigakan.

Khalid ketika menjelaskannya kepada kakitangan kerajaan Selangor berkata, semua penyelesaian tersebut dibuat dengan telus.

“Tiada apa-apa manfaat yang diberikan kepada sesiapa pun dalam penyelesaian tersebut.

“Saya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

“Saya rasa biarlah proses undang-undang berjalan untuk membersihkan nama baik saya,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

Katanya, mana-mana pihak yang masih curiga boleh mengemukakan aduan kepada Bank Negara dan membuat semakan audit.

Khalid berkata, tindakannya mendiamkan diri tentang isu pinjaman Bank Islam kerana mahu menjaga kerahsiaan bank dan enggan melanggar undang-undang dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Katanya, mana-mana pihak yang bekerja dalam industri pelaburan semestinya tahu bahawa rahsia bank tidak boleh diberikan kepada umum kerana ada undang-undang yang memberi kuasa kepada bank menangkap mereka yang mendedahkan rahsia.

“Jika simpan duit atau buat pinjaman dalam bank, ia mesti dirahsiakan kalau tidak akan menyusahkan orang yang simpan duit dalam bank,” katanya.

Katanya, tohmahan ini secara tidak langsung mencalarkan reputasi kerajaan negeri Selangor.

“Saya percaya kalangan penjawat awam turut mengikuti situasi perjalanan politik kerajaan negeri Selangor sejak beberapa bulan ini.

“Terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan, termasuklah isu pinjaman peribadi saya.

“Walaupun saya tidak suka mencampuri urusan peribadi dengan kerja, tohmahan ke atas saya ini turut mencalar corak gerak kerja kerajaan Selangor,” katanya.

Isu pinjaman Bank Islam dijadikan peluru bagi PKR mendesak Khalid segera berundur daripada jawatan menteri besar dengan segera selepas tokoh korporat itu enggan menurut arahan parti supaya berbuat demikian.

Mahkamah Rayuan pada Mac 2010 memutuskan Khalid tidak perlu membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam selepas mengenepikan rumusan penghakiman bank tersebut terhadapnya kerana gagal menyelesaikan kemudahan pinjaman Islam itu. – The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment