Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014



KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional hari ini mengumumkan 12 pelan untuk memulihkan MAS dalam tempoh tiga tahun, kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.

Beliau berkata, pelan pemulihan MAS itu antara lain membabitkan penubuhan syarikat baharu (NewCo).

Katanya, MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015.

Beliau berkata, Newco disasar kembali untung 3 tahun selepas dikeluar penyenaraian dan kemudian disenarai semula antara 3-5 tahun menjelang 2017-2019.

“Kos penyusunan semula dan pelaburan ialah RM6 bilion yang akan diagih secara berperingkat-peringkat,” katanya di sini, sebentar tadi.

Azman berkata, suntikan modal RM6 bilion merangkumi kos nyahsenarai OldCo sebanyak RM1.4 bilion, kos penyusunan semula dan pemberhentian kakitangan (RM1.6 bilion) dan suntikan modal RM3 bilion dalam NewCo.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan kekal memimpin memimpin OldCo sehingga 1 Julai 2015 apabila NewCo mula berkuatkuasa.

Selain itu, Khazanah Nasional sudah memulakan proses pencarian CEO baharu yang dijangka diumumkan sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu, MAS akan mengurangkan sehingga 30 peratus kakitangannya atau 6,000 orang daripada 20,000 orang pada masa ini. – BH Online

0 comments:

Post a Comment