Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

KLUANG – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Jurulatih Perseorangan Lelaki Skuad Badminton Kebangsaan, Rashid Sidek mencari penyelesaian terbaik bagi menghentikan kemelut antara mereka.

Khairy berkata pihaknya berharap ‘perang dingin’ antara Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan Rashid dapat diselesaikan segera tanpa berterusan di dada akhbar.

“Saya minta BAM dan Rashid hentikan perang di media kerana mereka dalam satu organisasi. Kalau tidak puas hati panggillah secara bersemuka. Tidak payah cakap dan berdebat dalam media, hubungi Rashid dan bercakap dengannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat persidangan perwakilan sayap Umno bahagian Kluang, di sini, hari ini.

Khairy berkata BAM ketika ini perlu melantik pengarah teknikal bagi mengasingkan peranan antara jurulatih dan juga bahagian-bahagian lain dalam pembangunan sukan badminton.

Beliau berkata ketiadaan pengarah teknikal sehingga kini dipercayai sebagai penyumbang kepada kepincangan badan induk badminton itu.

“Saya harap dalam masa terdekat BAM dapat kemuka nama kepada saya sebab akhirnya mungkin Majlis Sukan Negara (MSN) kena bayar (Pengarah Teknikal) juga.

Mesti ada pemisahan antara bahagian teknikal dan bahagian jurulatih dan saya harap kepincangan ini diselesaikan segera,” katanya.

Pergolakan BAM dan Rashid dikatakan semakin memuncak selepas kemerosotan prestasi skuad perseorangan badminton negara pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland baru-baru ini, membabitkan, Liew Daren.

Dalam perkembangan lain, Khairy turut meminta supaya bayaran Skim Galakan Jurulatih (SGAR) sebanyak RM16,000 dilunaskan segera oleh BAM kepada barisan jurulatih skuad badminton yang membantu pasukan negara mara ke perlawanan akhir  Piala Thomas, Mei lepas.

“Ia hak jurulatih, kenalah bagi jurulatih. Itu duit MSN yang saya luluskan. Tidak ada sebab BAM tidak bagi duit itu kepada jurulatih,” katanya.  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment