Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment

NILAI – Kerja menaik taraf Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara membabitkan perbelanjaan antara RM2 juta hingga RM4 juta untuk sebuah kem, yang akan ditanggung oleh pengusaha kem.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kos penaiktarafan itu tidak membabitkan peruntukan kerajaan.

“Mereka perlu tanggung kos itu sendiri. Jikalau mereka gagal selesaikan pembangunan sebelum Jun 2015, kontrak (mereka) akan dikaji semula dan kemungkinan tidak disambung,” katanya dalam sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 11/2014 di Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin dekat sini.

Abdul Hadi berkata, antara kemudahan yang dinaik taraf di setiap kem ialah ketinggian asrama, bilik kelas dan bangunan logistik serta kemudahan sukan seperti futsal, bola keranjang dan bola tampar.

Selain itu, katanya kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) perlu dipasang di setiap kem, di samping penambahluasan padang kawad.

Abdul Hadi berkata, setakat ini kerja naik taraf di semua kem PLKN di seluruh negara berjalan lancar.

Sementara itu, beliau berkata, 5,745 pelatih PLKN akan menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan ke-57 pada 31 Ogos di seluruh negara termasuk di peringkat kebangsaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment