Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


SEPANG - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan cuba membawa 100 wanita dan kanak-kanak dari Gaza yang cedera akibat kekejaman Israel ke Malaysia untuk menerima rawatan susulan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jika perkara itu dapat direalisasikan, mereka akan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) atau mana-mana hospital awam atau pusat perubatan swasta yang sedia menghulurkan bantuan.

"Keadaan pesakit dari Gaza akan dinilai terlebih dahulu oleh pakar perubatan sebelum dibawa menerima rawatan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Gaza, Palestin oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sementara itu mengenai misi kali ini, beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno berkata kumpulan 71 orang yang terdiri daripada sukarelawan, para doktor serta pengamal media itu akan melawat hospital di Gaza dan doktor Malaysia akan merawat pesakit di situ. - Bernama

0 comments:

Post a Comment