Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ‘amat mementingkan diri sendiri’ kerana masih mempertahankan kedudukannya, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata tindakan Khalid yang masih memegang jawatan menteri besar walaupun Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor adalah tidak berperlembagaan.

“Khalid perlu melepaskan jawatan. Mudah sahaja.

“Ia juga bertentangan dengan prinsip demokrasi.

“Saya fikir apa yang dilakukan sangat mementingkan diri sendiri dan bukan untuk kepentingan demokrasi dan rakyat, begitu juga negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Merdekaraya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari di Pulau Tikus Sabtu.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sudah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan negeri apabila orang lain mendapatkan sokongan majoriti DUN, dia akan dilantik sebagai MB baharu. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment