Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kemelut politik di Selangor selama beberapa bulan harus menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata ‘drama panjang’ di Selangor menarik untuk ditonton, namun sebagai akibat, rakyat di negeri ini yang benar-benar merasai penderitaannya.

“Ini hanya sebuah negeri di negara ini, dan mereka (Pakatan Rakyat) sedang dalam proses merebut kuasa.

“Ini adalah memalukan. Mereka tidak dapat menyelesaikannya dan ia telah berlarutan sekian lama,” kata Muhyiddin dalam ucapan pembukaannya di Persidangan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-38 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau berkata walaupun pembangkang mempunyai orang yang berkelayakan, namun masih tidak mampu menyelesaikan pergolakan yang melanda negeri ini untuk tempoh beberapa bulan.

Muhyiddin berkata krisis seperti ini adalah satu pengajaran kepada semua orang termasuk Barisan Nasional (BN).

“Inilah sebabnya mengapa kita mahu menjadi lebih baik, kita mahu menyelesaikan masalah-masalah rakyat,” katanya.

Merujuk kepada krisis air Selangor, Muhyiddin berkata kerajaan Persekutuan bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan menandatangani memorandum persefahaman bagi projek Langat 2.

“Itulah yang dikatakan Kerajaan, untuk membantu rakyat,” kata Muhyiddin yang juga timbalan presiden BN.

Muhyiddin juga menggesa ahli Kimma tampil dengan “faktor wow” yang akan mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

Beliau berkata, empat tahun akan datang akan menjadi lebih mencabar, oleh itu penting untuk setiap parti komponen dalam BN dan juga parti-parti sekutu bekerjasama dan mendapat sokongan rakyat. – The Star Online

0 comments:

Post a Comment