Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014


MADINAH – Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia bagi musim 1435 Hijrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz di sini pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) Rabu.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 5.30 pagi waktu Malaysia.

Ketibaan mereka di Maktab Zon di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick disambut Pengerusi Muassassah Adila, Sheikh Dr Ahmad Yusof Hawala serta Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi Mohd Khalid Abdul Razak.

Muassassah Adila ialah badan yang mengendalikan jemaah haji di Madinah.

Turut hadir Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi Alauddin Mohd Nor dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Musim 1435 Hijrah Nurrinanuwat Shamsuddin.

Seramai 22,320 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan ibadah haji tahun ini. Mereka dijadual tiba dengan 39 penerbangan bermula Rabu.

Sementara itu, seramai 279 jemaah haji kumpulan kedua yang berlepas dari KLIA pada 9.05 pagi waktu Malaysia tiba tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz di sini ada 12.45 tengah hari tadi.

Mereka turut ditempatkan di Maktab Zon Dua di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick.

Kumpulan ketiga 279 jemaah haji Malaysia dijangka tiba di sini pada 5.50 petang waktu tempatan dan mereka akan turut ditempatkan di hotel sama.

Sementara itu, Sheikh Dr Ahmad Yusof mengalu-alukan kedatangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dan berharap mereka dapat menunaikan ibadah dengan baik dan memperoleh haji mabrur.

Di KUALA LUMPUR, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji (TH) Anis Zuhani berkata seramai 1,008 jemaah yang terdiri daripada kumpulan pertama, kedua dan ketiga telah berlepas ke Madinah hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment