Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

MACHANG - Pasangan suami isteri dekat Kampung Cina, Paloh Rawa terkejut apabila melihat pokok labu yang ditanamnya mengeluarkan buah sepanjang 1.2 meter atau menyamai paras pinggang orang dewasa.

Pekebun, Wee Cheng Jee, 56, tidak menyangka benih  labu air yang diambil dari rumah rakannya dekat Jalan Kubur, Tanah Merah mengeluarkan hasil yang luar biasa panjang.

Menurutnya, dia dan isteri Wee Siew Chin, 53, terkejut melihat buah labu air yang begitu panjang daripada biasa.

“Pokok yang ditanam pada pertengahan Mei mula membuahkan hasil sejak sebulan lalu. Berikutan itu, labu air berkenaan menjadi perhatian penduduk kampung,” katanya.

Tambahnya, walaupun keadaan labu air tersebut yang agak ganjil dia tetap menjualnya di pasar besar Tanah Merah. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment