Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Para akauntan dan ejen cukai akan memainkan peranan penting sebelum dan selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

Pelaksanaan GST mempunyai implikasi besar ke atas perniagaan dan syarikat-syarikat dikehendaki untuk mendapatkan sistem kewangan dan perisian perakaunan patuh GST.

“Semua akauntan bertauliah mesti mendapatkan lesen untuk membuat pengiraan GST,” kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy.

Bagaimanapun, Subromaniam berkata lebih ramai ejen cukai diperlukan sebelum perlaksanaan GST bagi mengendalikan kursus serta menasihati sektor perniagaan berhubung prosedur dan kepentingan sistem percukaian berkenaan.

“Pada masa ini, kami mempunyai 2,000 ejen cukai dan kami memerlukan seramai 3,000 lagi. Sejumlah 5,000 adalah satu angka yang bagus,” katanya.

Menurut beliau, Kastam sedang bekerjasama dengan Persatuan Akauntan Cukai Malaysia (MATA), Institut Percukaian Berkanun Malaysia (CITM) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Beliau memberi jaminan Kastam boleh mencapai sasaran ejen cukai yang diperlukan sebelum tarikh perlaksanaan tahun depan.

HANYA AGEN CUKAI DILULUSKAN

Apabila dihubungi Bernama, Subromaniam berkata di bawah Seksyen 170 (1) Akta Pelesenan GST, tidak ada sesiapa dibenar bertindak di Malaysia bagi pihak mana-mana orang untuk sebarang urusan di bawah akta ini kecuali dia adalah ejen cukai.

Bagaimanapun, subseksyen ini tidak boleh menghalang mana-mana orang lain untuk mewakili mana-mana parti bagi satu-satu rayuan di bawah Seksyen 141 (perwakilan pada perbicaraan).

Orang perseorangan yang tempat kediamannya di Malaysia mungkin boleh memohon kepada Menteri untuk diluluskan sebagai ejen cukai selaras dengan syarat-syarat yang sudah ditetapkan.

Di samping itu, syarikat terutamanya yang perolehan tahunannya melebihi RM500,000 perlu melipatgandakan usaha dalam menunggu perlaksanaan GST tahun depan.

Pengarah Eksekutif, Tax Advisory and Management Sdn Bhd (TAMS) Yong Poh Chye berkata pada masa ini hanya 50 peratus syarikat di negara ini yang bersedia menerima perlaksanaan GST.

“Syarikat perlu melatih kakitangan mereka berhubung GST, mendapatkan perisian perakaunan yang patuh GST dan melaksanakan atur cara ujian menjelang Januari 2015,” beliau berkata di Persidangan GST Kebangsaan anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan TAMS baru-baru ini.

TAHUN SIBUK UNTUK AKAUNTAN, PENASIHAT CUKAI DAN PAKAR IT

Sementara itu, Pengerusi CTIM, S.M. Thanneermalai berkata akauntan, penasihat cukai dan pakar IT akan melihat peningkatan beban kerja pada tahun 2015.

“Saya menjangka mereka akan mengalami pertambahan agak banyak dalam aktiviti mereka dan ini akan meningkatkan juga perniagaan mereka,” katanya.

Katanya memandangkan peranan mereka ada hubung kait, ketiga-tiga kumpulan profesional ini perlu bahu-membahu sebelum dan selepas perlaksanaan GST.

“Invois bayaran yang dikeluarkan sekarang tidak akan diterima lagi selepas perlaksanaan GST. Anda juga perlu menukar carta sistem perakaunan untuk mengumpul data yang akan dimasukkan ke dalam hasil cukai.

“Sebab itulah mereka perlu bekerjasama,” katanya.

Pada masa ini, badan profesional yang berkaitan daripada ketiga-tiga sektor utama ini sedang bekerjasama menganjurkan bengkel, latihan dan seminar sebelum perlaksanaan GST.

“Pada pandangan saya mereka akan dapat menyelesaikan 90 peratus daripada isu serta kekeliruan yang timbul di peringkat awal pengenalan menjelang September depan.

“Menjelang penghujung 2015 kebanyakannya sudah maklum akan sistem cukai itu,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment