Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 1, 2014

No Comment


Banting: Seorang lelaki parah di kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang dipercayai menggunakan senapang angin oleh sekumpulan lelaki di Jalan Jugra, di sini, semalam.

Mohd Syukur Shafie, 31, yang duduk di bahagian belakang kereta dipandu adik iparnya, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, terkena tembakan kira-kira jam 4 petang. Mereka dalam perjalanan dari Pantai Kelanang ke pekan ini untuk mengisi minyak kereta.

Peluru sebesar guli Qumeyza berkata, pada mulanya dia menyangka dentuman kuat itu adalah bunyi mercun yang dilemparkan ke arah mereka, sebelum terkejut apabila melihat sebiji peluru sebesar guli melekat di dahi abang iparnya.

“Malah, abang ipar saya tidak sedar dia terkena peluru sesat kerana hanya berasakan panas di dahi. Selepas diberitahu ada peluru, barulah keadaan menjadi kelam-kabut.

“Kami bergegas ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengeluarkan bebola besi itu. Bagaimanapun, pihak hospital memindahkan abang ipar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya, di sini, semalam. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment