Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Majlis bacaan doa khas akan diadakan untuk memperingati mangsa nahas Penerbangan MH17 di Dataran Merdeka malam Jumaat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata sambutan kemerdekaan tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya sebagai tanda menghormati mangsa-mangsa dan keluarga mereka.

"Kami ingin menjemput orang ramai untuk datang dan menyertai majlis tahlil di Dataran Merdeka pada pukul 9 malam," katanya selepas melancarkan program Pocket Show 2014 sempena sambutan bulan kemerdekaan di KL Sentral di sini, Khamis. 

Program Pocket Show 2014, anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, bertujuan menanam semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

Acara dua hari itu akan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi termasuk Brickfields, KL Sentral, kawasan kompleks beli-belah Sogo dan Putrajaya, di mana Jalur Gemilang akan diedarkan oleh 105 sukarelawan dari Kelab 1Malaysia dan kakitangan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Maklumat.

Jailani berkata terdapat tindak balas positif terhadap program ini dengan ramai anak muda secara sukarela menyertainya.

"Kita boleh melihat mereka di kebanyakan stesen LRT dan monorel, mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai," katanya.

Pada majlis berasingan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, garis panduan telah disediakan terhadap jenis program patriotik yang akan diadakan untuk sambutan Merdeka.  ─ mStar online

0 comments:

Post a Comment