Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang untuk mengadakan saluran televisyen mengenai sains seperti National Geography versi Malaysia.

“Saluran ini akan menampilkan pencapaian dan inovasi Malaysia dalam landskap sains dan teknologi selain mengetengahkan saintis serta memupuk bakat bakal ahli sains,” kata Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Menurutnya saluran itu menyamai National Geography atau Discovery tetapi dibuat dalam konteks Malaysia bagi memupuk minat rakyat dalam bidang sains dan teknologi memandangkan negara ini sedang berusaha menjadi negara berteknologi tinggi.

Abu Bakar berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan merasmikan Persidangan ‘Autodesk Solutions Day’, di sini, hari ini.

Beliau berkata perincian seperti pemilihan stesen televisyen masih dalam peringkat dimuktamadkan, bagaimanapun sasarannya ialah menyiarkan saluran selama 12 jam dengan majoriti kandungan adalah terbitan tempatan.

Selain itu, Mosti juga merancang untuk membangunkan pusat pengkomersialan bernilai RM250 juta menerusi Bajet 2015.

“Banyak idea dan prototaip yang dihasilkan menerusi penyelidikan dan pembangunan terbiar begitu sahaja dan ini satu pembaziran. Kami merancang untuk menempatkan semua produk itu di bawah satu bumbung bagi memaparkan kreativiti Malaysia kepada dunia,” katanya.

Pusat itu akan dibangunkan di Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment