Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

MALAYSIA berjaya membenam Singapura 10-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Sekolah Asia kali ke-4 di Stadium Azlan Shah di sini, semalam, lapor NOOR’AINON MOHAMED YUSOF.

Pasukan negara memulakan pesta gol seawal minit ketiga menerusi pemain Nik Muhd Aiman Nik Rozemi yang merembat bola masuk untuk gol sulung negara.

Gol kedua negara disusuli pada minit ke lima menerusi Mawardi Hamirin yang disempurnakan melalui pukulan sudut penalti.

Kegembiraan skuad negara tidak berakhir apabila kapten pasukan, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran menerima anugerah sebagai pemain terbaik manakala, Muhd Hafizudin Zaidi pula sebagai pemain terbaik akhir perlawanan.

Nik Muhd Aiman  turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak bersama Muhd Zulhamizan Awang Abas.

Dalam pada itu, pemain Thailand, Suriphong Jonhjum pula dipilih sebagai penjaga goal terbaik.  Piala kejohanan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan, Ee Hong dan Naib Presiden Hoki Malaysia, Datuk Abd Rahim Mat Ariff.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment