Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Pelakon Maria Farida enggan bekerjasama dengan beberapa artis baharu yang tidak berdispilin dan sering mendatangkan masalah ketika penggambaran di lokasi sesebuah drama.

Maria,44, berkata, dia akan memastikan barisan pelakon yang akan terlibat tidak mendatangkan masalah setiap kali ditawarkan untuk berlakon dalam sesebuah drama atau filem.

“Setiap tawaran yang datang saya akan pastikan senarai artis yang akan berlakon kerana saya tidak mahu berkerjasama dengan pelakon-pelakon yang sering mendatangkan masalah dan akan menyusahkan jadual artis lain.

“Ada beberapa artis-artis baru yang tidak berdisplin sering datang lambat daripada masa yang telah diberikan kepada mereka, mereka tidak fikir tentang pelakon lain,” ujarnya.

Maria menambah, sebagai pelakon lebih senior, dia pernah menegur sikap beberapa artis tertentu agar lebih menghormati masa pelakon lain bagi melancarkan penggambaran.

Malah dia pernah bertindak ‘angkat kaki’ apabila terlalu lama menunggu kemunculan artis-artis tersebut.

“Bila mereka datang lambat, babak mereka akan tertangguh dan menjejaskan pelakon lain untuk menunggu babak seterusnya.

“Saya bukan jenis yang pandai nak marah tetapi apabila hilang tahap kesabaran… saya akan angkat beg dan beredar dari lokasi penggambaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Maria bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Mamak Cupcakes yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 Ogos ini.

Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Shaheizy Sam, Siti Saleha, Accapan, Azad Jazmin dan Natasha Hudson. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment