Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) ditahan kerana didakwa mencabul seorang penumpang wanita dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris.

MAS yang mengesahkan kejadian itu berkata ia berikutan dakwaan daripada penumpang pesawat penerbangan MH20 pada 4 Ogos lalu terhadap kru penerbangan terbabit yang menunjukkan tingkah laku seksual terhadapnya.

MAS dalam satu kenyataan berkata kru penerbangan terbabit telah ditahan untuk disoal siasat oleh pihak polis Perancis.

Menurut kenyataan itu, MAS tidak akan memandang ringan terhadap sebarang aduan daripada penumpang dan akan menerima setiap aduan dengan serius.

“Kami akan membantu pihak polis Perancis menjalankan siasatan dan menegaskan bahawa soal keselamatan dan keselesaan penumpang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Terdahulu, The Cubic Lane melaporkan seorang penumpang pesawat MAS penerbangan MH20 telah memfailkan aduan berhubung kes itu.

Penumpang terbabit mendakwa ketika menaiki pesawat berkenaan dia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pesawat kepada kru penerbangan.

Salah seorang pramugara yang bertugas kemudiannya menawarkan tempat duduk di sebelahnya untuk ‘menenangkannya’.

Tawaran itu bagaimanapun menjadi kes cabul, dakwa penumpang terbabit.

The Cubic Lane melaporkan penumpang terbabit terus membuat laporan polis sejurus selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle di Paris.

Pramugara terbabit disoal siasat dua hari selepas itu dan mengaku selepas ditahan pihak berkuasa. – Rakyat Post

0 comments:

Post a Comment