Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

NEW DELHI – Malaysia Airlines menawarkan diskaun hingga 40 peratus bagi destinasi popular dalam seluruh rangkaiannya di India untuk menandakan ulang tahun kesepuluhnya di India.

Tawaran istimewa ini adalah dari 20 hingga 31 Ogos, 2014 bagi tempoh perjalanan dari 20 Ogos hingga 31 Mac, 2015.

“Selepas menerima sambutan hangat daripada pelanggan terhadap jualan awal, kami berbesar hati membuat tawaran ini buat kali kedua,” kata Naib Presiden Kanan MAS bagi Asia Selatan dan Timur Tengah, Azahar Hamid.

Beliau berharap mereka yang terlepas peluang semasa promosi pertama dahulu akan mengambil kesempatan daripada tawaran hebat ini.

Antara destinasi-destinasi itu, tambang ekonomi dari Mumbai ke Kuala Lumpur adalah serendah Rs20,511 (RM1,064), Delhi ke Langkawi Rs19,720 (RM1,023), Kochi ke Singapura Rs19,144 (RM993), Bangalore ke Shanghai Rs24,597 (RM1,276), dan Chennai ke Auckland Rs48,929 (RM2,538).

Pelanggan dari India boleh menempah perjalanan dari Delhi, Mumbai, Hyderabad, Bangalore, Chennai dan Kochi ke destinasi-destinasi MAS di seluruh dunia termasuk Langkawi, Auckland dan Sydney.

Tambang-tambang ini termasuk cukai lapangan terbang, surcaj, elaun bagasi daftar masuk sebanyak 30 kilogram dan elaun bagasi kabin sebanyak hingga tujuh kilogram.  – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment