Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

SUNGAI ULAR -Seorang penyelia ladang kelapa sawit yang sedang mengira jumlah buah dikait sekumpulan pekerja, dikejutkan dengan bau busuk sekitar tempat mereka bekerja jam 1 petang, kelmarin.

Curiga dengan bau itu, mereka kemudiannya pergi ke lokasi tersebut dan menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Abdullah Arshad berkata, mayat yang ditemui itu tidak berbaju, berseluar panjang biru muda diikat balutan kain pelekat berwarna merah.

Katanya, pemeriksaan Unit Forensik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di tempat kejadian mendapati, tiada sebarang kesan luka atau kecederaan pada badan mangsa.

“Polis masih tidak dapat mengenal pasti bangsa mayat terlibat kerana tidak ada sebarang dokumen identiti dijumpai pada badan mangsa dan tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan badan juga mendapati, mangsa tidak ada kesan suntikan BCG dan dipercayai warga negara asing. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment