Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 24, 2014

No Comment

IPOH – Hujan renyai-renyai mengiringi upacara pengebumian mayat mendiang Chong Yee Pheng, 40, kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, di tanah perkuburan Paradise Memorial Park, Tanjung  Rambutan dekat sini pada 3.15 petang.

Kira-Kira 300 orang hadir dan suasana bertambah pilu sebaik van jenazah yang membawa mayat mendiang tiba pada 2.52 petang dari kediaman keluarganya di Taman Pertama 4 di sini dengan diiringi dua kereta peronda dan tiga motosikal berkuasa tinggi polis.

Sebelum disemadi, mayat mendiang disembahyangkan mengikut tradisi agama Kristian oleh Paderi Linda Chan dari Gereja Holy Trinity Lutheran Taman Pertama.

Di kemuncak upacara, anggota keluarga terdekat, kenalan dan rakan sekerja mendedikasikan lagu berunsur kerohanian kepada mendiang selain menghadiahkan patung beruang mainan dan bunga-bungaan.

Pada ketika ini, mereka dilihat sukar menahan rasa sebak dan menitiskan air mata.

Terdahulu, pada kira-kira 11.30 pagi di rumah keluarga mendiang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Naib Presiden MCA Datin Paduka Chiew Mei Fun.

Wee, yang ditemui pemberita selepas itu, berkata pihaknya berdukacita dengan nasib menimpa mendiang serta keluarganya dan MCA sedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan.

“Di saat mereka bersedih, penting untuk kami menawarkan pertolongan,” katanya.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.

Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment