Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

DENPASAR – Mayat wanita seorang pelancong Amerika Syarikat ditemui disumbat dalam beg pakaian di sebuah hotel eksklusif di pulau peranginan terkenal Bali, Indonesia. Anak perempuan mangsa dan teman lelakinya kini ditahan berhubung pembunuhan itu, kata polis semalam.

Mayat Sheila von Wiese Mack ditemui kelmarin disumbat ke dalam beg pakaian di dalam teksi berhadapan hotel lima bintang St Regis dekat kawasan peranginan Nusa Dua di Bali.

Mangsa, 62, tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan beberapa kesan luka di kepala dipercayai bergelut dengan penyerangnya, kata doktor.

Dia menginap di hotel berkenaan bersama anak perempuannya, Heather, 19 dan teman lelakinya, Tommy Schaefer, 21, kata ketua polis tempatan Djoko Hari Utomo kepada wartawan.

Dirakam bergaduh

Mack dan anak perempuannya menginap di hotel itu selama beberapa hari sebelum teman lelaki anaknya menyertai mereka pada Isnin lalu, kata Utomo. Mack turut dirakam di CCTV bergaduh dengan Schaefer di lobi hotel malam yang sama, katanya.

Hari berikutnya, pasangan itu mendaftar keluar dan menghantar beberapa beg pakaian untuk dimasukkan ke dalam sebuah teksi termasuk beg yang berisi mayat mangsa.

Mayat itu ditemui apabila pasangan itu tidak muncul-muncul, kata Utomo. Mereka kemudian dilihat menerusi rakaman CCTV meninggalkan hotel menerusi jalan pantai di belakang hotel berkenaan.

Polis melancarkan operasi memburu pasangan yang akhirnya ditemui sedang tidur di sebuah hotel di Legian, utara Nusa Dua, awal semalam, kata Utomo kepada AFP.

“Ini satu pembunuhan, dan kami akan tentukan melalui siasatan sama ada ia dirancang atau secara spontan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke hospital besar di Denpasar Bali untuk bedah siasat.

Seorang doktor berkata terdapat beberapa kesan luka di kepala yang berkemungkinan disebabkan oleh benda tumpul.

“Melihat kepada bentuk kecederaan, mangsa mungkin cuba melawan,” kata Ida Bagus Alit sambil menambah salah satu jari tangan kiri mangsa juga patah.

Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta dalam satu kenyataan berkata mereka sudah dimaklumkan mengenai kematian warganya di Bali. – AFP

0 comments:

Post a Comment