Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

MERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd mengembangkan bahagian cat di kilang kereta penumpang unit terurai untuk dipasangnya (CKD) di sini dengan kos RM200 juta.  

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger berkata kerja-kerja pembinaan akan bermula pada September 2014.
   
"Mercedes-Benz Malaysia akan terus melabur bukan sahaja di Pekan tetapi juga dalam perniagaan kami secara keseluruhannya.
   
"Kami melabur lebih RM250 juta bagi kilang ini sejak 2004, dan kami tidak akan berhenti setakat itu.
   
"Malaysia merupakan pasaran penting bagi Mercedes-Benz and Daimler dan kami sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan operasi kami di sini," kata Folger pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-10 Mercedes-Benz Malaysia, di sini, hari ini.
   
Kilang di Pekan itu, satu daripada enam kilang CKD kereta penumpangnya di seluruh dunia, juga merancang mengembangkan barisan pengeluaran, katanya, sambil menambah pengembangan itu masih sedang di peringkat perbincangan dan akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.
   
Ketika ini, kilang itu mengeluarkan 40 kenderaan bagi setiap syif, terdiri daripada 15 E-Class, lima S-Class, dan 20 kenderaan perdagangan termasuk Mitsubishi FUSO yang berada di bawah naungan Mercedes-Benz.
   
"Kami juga menyasar memasang C-Class dengan potensi unjuran 15 unit setiap syif," kata Folger.
   
Kilang itu, dengan 1,079 pekerja tempatan dan dua pakar luar, menghasilkan 4,083 kereta penumpang dan 2,892 kenderaan perdagangan tahun lepas.
   
Folger berkata Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan 11 peratus bagi kereta penumpang dan 14 peratus bagi kenderaan perdagangan dan berharap dapat mengekalkan aliran ini.
   
Keputusan amat memberangsangkan itu katanya, adalah hasil daripada kejayaan S-Class dan C-Class yang mencatatkan peningkatan jualan 24 peratus dengan 4,536 unit terjual setakat tahun ini.
   
Beliau menyebut model S400L Hybrid yang telah habis dijual sehingga akhir 2015 sebagai contoh utama potensi pasaran Malaysia.
   
Mercedes-Benz Malaysia memiliki 58 wakil penjual sah dan 87 pusat jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan di seluruh negara.
   
Majlis sambutan ulang tahun ke-10 itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Jebasingam Issace John. - Bernama

0 comments:

Post a Comment