Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

SHAH ALAM - ”Mereka tidak mahu saya lagi. Saya letak jawatanlah dan saya lega dengan keputusan ini,” begitulah reaksi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mengemukakan surat letak jawatan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Abdul Khalid yang kelihatan tenang sepanjang sidang media selama setengah jam itu berseloroh ketika menjawab sebab beliau mahu meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dalam pertemuan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan petang semalam, Abdul Khalid memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan demi kestabilan politik di Selangor.

“Saya menyembah maklum bahawa dinamik politik di Selangor kian meningkat dan  menimbulkan keresahan rakyat.

“Demi kelangsungan kestabilan politik di Selangor, saya telah kemukakan kepada tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid menyatakan beliau tidak ada hak membincangkan kriteria calon menteri besar.

“Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan tuanku untuk mencari penyelesaian terbaik sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi diraja dan pentadbiran awam.

“Saya sendiri tak tahu, biasanya pada saya istana mempunyai beberapa pandangan daripada mereka yang layak untuk menjadi menteri besar. Lantikan melibatkan enakmen dan pastinya seorang Adun,” katanya.

Ketika ditanya sejarah senarai calon PR untuk PRU 12 dan 13 yang pernah dikemukakan kepada istana, beliau memaklumkan perlu mendapatkan kebenaran sultan untuk mendedahkan perkara itu. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment