Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

THE HAGUE – Pakar forensik Belanda mengenal pasti seramai 127 mangsa nahas pesawat MH17 dengan 20 nama baru diumumkan kepada waris pada Khamis, menurut stesen penyiar nasional di sana.

“Daripada 20 mangsa tersebut, seramai 15 adalah warga Belanda. Kewarganegaraan mayat-mayat lain tidak diumumkan,” menurut NOS di laman webnya.

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia itu ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai lalu mengakibatkan seramai 298 terbunuh. 193 daripadanya merupakan warga Belanda.

Operasi mencari mayat dihentikan minggu lalu kerana pertelagahan yang semakin memuncak antara Kiev dan puak pemisah pro-Rusia.

Pada Isnin, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan rakan sejawatnya dari Belanda Mark Rutte berikrar untuk mendapatkan keadilan sewajarnya buat mangsa nahas pesawat tersebut.

Seramai 38 penumpang terdiri daripada warga Australia.

Sementara itu di Kuala Lumpur, kerajaan telah mengumumkan hari Jumaat 22 Ogos sebagai Hari Berkabung Negara.

Mayat mangsa warga Malaysia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi Jumaat depan. – astroawani

0 comments:

Post a Comment