Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Dua puluh empat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia sehingga semalam dengan dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata 20 jenazah tiba di Malaysia pada 22 Ogos, satu jenazah pada Sabtu (23 Ogos) dan tiga semalam.

Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah membabitkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan diberi penghormatan mengikut adat istiadat tentera di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang.

Semalam, jenazah penyelia penerbangan kabin MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing turut diberi penghormatan dalam istiadat serupa.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini, Rohani berkata kerajaan perlu menghormati permintaan mana-mana waris yang mahu identiti mangsa dan kepulangan jenazah dirahsiakan.

“Syukur kerana urusan istiadat penghormatan dan pengebumian jenazah berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak khususnya anggota keluarga,” katanya.

Rohani berkata kebanyakan kaum keluarga menerima nasihat supaya keranda mangsa tidak dibuka.

“Emosi keluarga juga semakin baik. Kaunseling juga masih diberikan kepada yang memerlukan termasuk kepada waris mangsa yang telah dikebumikan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada perhimpunan itu, Rohani berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab menguruskan anggota keluarga, mereka perlu bijak mengendalikan keadaan.

“Tugas untuk bertanya satu persatu waris, bagaimana jenazah hendak diuruskan, di mana hendak dikebumikan, nak terlibat istiadat atau tidak. Pelbagai persoalan bertalu-talu yang kita tidak dapat jawab, tapi kita bersungguh-sungguh membantu,” katanya.

Mengakui dirinya seorang yang mudah mengalirkan air mata, apa lagi apabila perlu berdepan dengan anggota keluarga mangsa, beliau tetap komited meneruskan tugas supaya proses menyampaikan berita itu dapat dijalankan dengan baik.

Rohani berkata sijil kematian kru dan penumpang bagi jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia, telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai. Ia ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sebanyak 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment