Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

MUAR – Satu pasangan warga emas yang kehilangan tiga ahli keluarga dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 bersetuju upacara pembakaran mayat mereka dilakukan di Amsterdam, Belanda.

Tan Ah Chin, 62, dan suaminya, Ng Pae Soon, 67, bekas kakitangan klinik kesihatan berkata mereka memutuskan demikian kerana faktor kurang sihat dan tidak mengetahui prosedur urusan persemadian mayat yang terkorban dalam nahas seperti itu.

“Kami tidak faham atau tidak tahu bagaimana mahu uruskan upacara pengebumian ini. Jadi, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya (membuat keputusan) kepada anak dan menantu iaitu suami kepada anak kedua saya.

“Ketika ini hanya identiti anak saya, Ng Qing Zheng, 30, sudah dikenal pasti antara 16 penumpang Malaysia yang terlibat menerusi proses forensik,” kata mereka kepada pemberita yang ditemui di rumahnya di Jalan Haji Jaib, pada Khamis.

Tan yang merupakan bekas guru Bahasa Inggeris  berkata mereka dimaklumkan jasad anak keduanya, Ng Shi Ing, 33, dan cucunya iaitu anak Qing Zheng, Lee Jian Han, setahun, sedang melalui ujian forensik.

Beliau berkata mereka sentiasa dimaklumkan tentang  perkembangan proses mengenal pasti mayat dua anak dan cucunya itu dari semasa ke semasa oleh menantu mereka Left Komander Lee Vee Weng, 35, yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, menantunya itu yang masih bersedih berikutan kehilangan isteri dan anak dalam tragedi itu mendapat maklumat terkini daripada pengurusan MAS dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Tan melahirkan kekecewaan dengan laporan akhbar berbahasa Cina yang mendakwa seolah-olah anak keduanya itu telah menyalahguna lawatan kerjanya dengan membawa adik dan anaknya ke luar negara sedangkan perjalanan itu ditanggung sepenuhnya oleh anaknya.

Shi Ing yang merupakan pensyarah Fakulti Psikologi Dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja sebelum pulang bersama-sama adik dan anaknya menaiki MH17 dari Amsterdam, Belanda.

Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. – astroawani

0 comments:

Post a Comment