Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment


Orang ramai dan penumpang yang menggunakan KLIA dan KLIA2 pagi esok perlu menepati waktu.

Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB, istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17 esok, turut membabitkan jalan utama.

Istiadat di Kompleks Bunga Raya KLIA dijadual bermula kira-kira jam 6 pagi dan berakhir kira-kira jam 1 tengah hari.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar di KLIA dan KLIA2.

Ia bagi memastikan trafik berjalan lancar bagi istiadat berkenaan.

MAHB akan bekerjasama rapat dengan polis untuk memastikan trafik berjalan lancar dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang dan mereka yang menggunakan lapangan terbang itu.

0 comments:

Post a Comment