Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

BAGHDAD – Anggota-anggota militan Negara Islam (IS) didakwa membunuh lebih 500 penganut minoriti Yazidi, menanam sebilangan mereka hidup-hidup dan menjadikan wanita sebagai hamba, kata menteri kerajaan Iraq kepada agensi berita Reuters semalam.

Menteri Hak Asasi Manusia, Mohammed Shia al-Sudani menuduh anggota-anggota Sunah itu mengarahkan komuniti berkenaan memeluk agama Islam atau berhadapan dengan kematian.

Menurutnya, kumpulan itu menganggap para pengikut agama Yazidi menyembah syaitan.

Dalam pada itu, kemaraan tentera IS ke selatan Iraq menyebabkan antara 20,000 hingga 30,000 orang terpaksa melarikan diri sehingga mengancam kedudukan wilayah autonomi ibu negara Kurdish.

Sudani semasa ditemu bual melalui telefon berkata, berita mengenai pembunuhan itu diterima daripada mangsa-mangsa yang berjaya melarikan diri dari bandar Sinjar yang merupakan penempatan asal penganut Yazidi.

“Gambar-gambar di lokasi jenayah menunjukkan kumpulan IS telah membunuh sekurang-kurangnya 500 penganut Yazidi selepas menawan Sinjar,” katanya.

Sebilangan mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak ditanam hidup-hidup dalam kubur besar di sekitar Sinjar, katanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Sabtu lalu berkata, empat serangan udara telah berjaya memusnahkan persenjataan IS yang sebelum ini telah menawan selatan Iraq sejak Jun lalu.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa krisis yang mengancam Iraq itu tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. – Agensi

0 comments:

Post a Comment