Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 19, 2014

No Comment

BAHANG  kempen Piala Malaysia mula dirasai Kelantan apabila melancarkan misi wajib menang ke atas Pulau Pinang pada pertembungan kedua-kedua pasukan dalam saingan Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Ketua Jurulatih The Red Warriors, George Boateng berkata, ia satu perlawanan yang cukup penting buat bekas finalis musim lalu itu, seandainya mahu mengintai peluang lebih awal mengisi dua slot terbaik ke saingan suku akhir.

“Terlalu awal untuk mengatakan ini adalah perlawanan hidup mati tetapi kami tidak ada pilihan selain wajib menewaskan Pulau Pinang. Saya bertanggungjawab untuk membawa kemenangan buat pasukan ini dan semua pemain harus melaksanakannya.

“Selepas tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim, saya beritahu pemain, kita kena bangkit mendapatkan tiga mata malam esok (ini). Tetapi saya ingin jelaskan, tiada tekanan di kem Kelantan ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas latihan semalam.

Boateng bagaimanapun mengakui tugas sukar menanti pasukannya apatah lagi The Panthers yang dibimbing K Devan kini memiliki motivasi tinggi setelah mengikat seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi pembuka tirai, baru-baru ini.

“Agak menarik memperkatakan mengenai Pulau Pinang. Mereka bangkit daripada ketinggalan ketika bertemu ATM dan saya fikir semangat juang pemain yang cukup tinggi membantu pasukan itu mendapatkan satu mata di Selayang,” katanya.

Pengendali kelahiran Ghana itu, turut menyifatkan kekuatan Pulau Pinang lebih banyak berpaksikan kepada Ketua Pasukan, Mohd Azizan Baba dan awang import Korea Selatan, Lee Gil-Hoon dan dua individu itu dinamakan beliau sebagai pemain yang mampu menyekat hajat pasukannya untuk mencipta kemenangan di halaman sendiri.

“Saya tahu siapa tonggak kekuatan mereka dan perkara itu saya sedang fikirkan sekarang. Pemain saya perlu bekerja lebih keras malam esok (ini) untuk mendapatkan mata penuh kerana pertemuan ini bukanlah sesuatu yang mudah buat kami.

Apa pun, Boateng tidak mahu terlebih memikirkan mengenai pasukan Liga Premier itu sebaliknya lebih berminat membakar semangat anak didiknya sambil turut merayu penyokong setia gergasi pantai timur kembali memenuhi stadium keramat, malam ini.

“Kelantan menghormati Pulau Pinang, tetapi kami sudah mengkaji corak permainan mereka. Sebagai jurulatih, saya sukakan kejutan dan saya mahu Pulau Pinang berfikir tidak mudah bagi mereka mencuri mata di Kota Bharu,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment