Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 24, 2014

No Comment

NANJING (China) – Pemanah pelapis negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli berjaya melengkapkan sasaran tiga pingat di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) selepas meraih pingat perak dalam acara recurve campuran antarabangsa di Lapangan Memanah Fangshan, dekat sini.

Pada aksi final hari ini, Muhamad Zarif dengan gandingan Freywald Cynthia dari Jerman tewas 0-6 kepada pasangan emas Luis Gabriel (Filipina)/Li Jiaman dari China.

Pingat gangsa bagi acara tersebut menjadi milik gandingan Peters Eric (Kanada)/Tuokkola Mirjam (Finland) selepas mereka mengalahkan gandingan Martens Rick (Belgium)/Romero Regina (Guatemala) dengan mata 6-2.

Walaupun Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, namun ketua kontinjen Wong Pei Tty optimis atlet negara mampu membawa pulang sekurang-kurangnya tiga pingat.

Pingat emas pertama negara sebelum ini disumbang oleh pemain badminton Cheam June Wei dalam acara beregu campuran antarabangsa manakala pingat perak oleh penerjun wanita Loh Zhiayi dalam acara 10m platform individu.

Muhamad Zarif, 16, berkata beliau rasa bangga dan gembira dengan kejayaan tersebut kerana menjadi antara penyumbang pingat untuk negara.

“Pada awalnya saya tidak jangka dapat menang pingat kerana tidak berani meletakkan sebarang sasaran pingat di YOG 2014,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya beliau agak takut pada pusingan separuh akhir apabila mendapat tentang hebat daripada pasangan Martens Rick(Belgium)/Romero Regina (Guatemala) namun kembali mendapat keyakinan apabila mara ke final.

“Saya tidak mendapat tekanan bila beraksi di final kerana pingat sudah pasti akan menjadi milik Malaysia,” katanya.

Muhamad Zarif berharap dapat mengekalkan momentum apabila beraksi daslam acara recurve individu lelaki, Selasa ini.

Sementara itu, Wong berkata beliau gembira dengan kejayaan tersebut namun masih menaruh harapan bahawa lebih banyak pingat lagi mampu dikutip oleh atlet negara.

“Pemburuan pingat negara masih belum selesai dan kita harap atlet negara terus berusaha untuk buktikan kemampuan mereka masing-masing,”katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment