Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berlepas ke Sydney malam ini untuk mengetuai satu misi perdagangan dan pelaburan selama sembilan hari ke Australia.

Beliau yang diiringi oleh perwakilan perniagaan yang terdiri daripada wakil-wakil dari sektor pelancongan, penjagaan kesihatan, perniagaan tani, automotif, minyak dan gas, dan perkhidmatan profesional, akan juga melawat Melbourne dan Adelaide, selain Sydney.

Misi itu bertujuan meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Australia, hubungan perniagaan dengan perniagaan dan kerajaan dengan perniagaan, kewujudan produk dan perkhidmatan Malaysia di Australia, dan pelaburan Australia dalam sektor-sektor teknologi tinggi dan berintensif pengetahuan di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Mustapa akan menyampaikan ucaptama pada “Seminar mengenai Peluang Perniagaan di Malaysia” di Sydney dan Melbourne.

“Seminar-seminar ini dijangka dihadiri oleh tokoh-tokoh perniagaan Australia yang mempunyai minat yang mendalam terhadap peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia,” katanya.

Selain berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin perniagaan semasa misi itu, Mustapa akan menemui rakan sejawatannya, Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb, dan Timbalan Perdana Menteri New South Wales, Andrew John Stoner. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment