Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak warga Felda melakukan transformasi minda untuk memastikan Felda terus kekal bersaing dalam era globalisasi.

Beliau berkata kini warga Felda mencecah hampir 1.5 juta di seluruh negara, maka adalah penting untuk memastikan sumbangan Felda terus meningkat sejajar dengan perkembangan semasa.

“Banyak negara nak buat seperti yang dilakukan Felda tetapi tidak berjaya maka bolehlah dikatakan bahawa revolusi dari segi pembahagian tanah yang berjaya di dunia ialah melalui konsep pembangunan Felda.

“Sejak 58 tahun sehingga kini Felda terus berkembang dan kini warganya mencecah 1.5 juta. Itulah kisah Felda…jadi kini ada cabaran baharu iaitu
transformasi minda dalam era globalisasi selain merangka strategi-strategi baharu,” katanya pada Majlis Aidilfitri dan Salam Perantauan Warga Felda di sini.

Hadir pada majlis itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Perdana menteri berkata antara strategi baharu itu ialah sebagaimana yang diumumkan pada sambutan Hari Peneroka ke-58, Ahad lepas iaitu menjadikan Felda sebagai ‘kuasa ekonomi’.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan terus berusaha merangka strategi baharu yang lain untuk membantu kejayaan Felda.

“Misalnya esok saya dan menteri pertanian dan industri asas tani akan ke Singapura untuk pelancaran Agro Bazar untuk membuka outlet menjual buah-buahan dan produk hasil keluaran luar bandar di negara itu kerana harga di sana jauh lebih tinggi….itulah antara strategi baharu kita, ” katanya.

Sementara itu Najib berkata pihak Seranta Felda pula perlu mengumpulkan semua pangkalan data warga Felda untuk memudahkan usaha meningkatkan lagi peranan warganya terutama dalam kalangan anak-anak Felda.

“Mereka yang tiada atau sudah keluar daripada Felda perlu dikumpulkan data mereka. Misalnya di Lembah Klang terdapat lebih 50,000 warga Felda, supaya dengan cara itu kita akan senantiasa dapat berhubung,” katanya.

Pada majlis itu perdana menteri turut menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi-pengerusi Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF).

GAPROF adalah cetusan idea perdana menteri sebagai wadah untuk menggembleng idea-idea segar dan bernas yang boleh dimanfaatkan kepimpinan dan pengurusan Felda dalam merangka tindakan yang progresif. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment